ERM..... tahun ini tahun yang gembira buat aku pada awalnya...buat seketika aku dapat lupakan apa yang kurang dalam hidup aku pada asalnya...bermula dengan tahun baru 2012 aku dah mula menyibukkan diri ku dengan bermacam2 kegiatan di sekolah. masuk bulan mac tahun ni akau melanjutkan pelajaran ku..hrmmm makin busy aku dengan semua tugasan2...alhamdulillah...dengan semua ni aku tak sempat nak berfikir dengan mendalam tentang masalah-masalah yang datang selama ini. tapi bila semua tugasan belajar aku dah settle untuk sem ni...sekolah pun dah mula kurang kerja..."masalah itu" kembali datang kepada aku....hati aku mula dihimpit sedih lagi...aku cuba untuk bersikap normal..tapi bila "Khabar itu" berada di orang sekelilingku...aku kembali tidak normal...SEPI AKU BENCI... Ya Allah engkaulah yang mengatur hidup ku...setiap ujian Mu ku yakin ada kebaikkan untukku...tetapi Ya Allah aku rasa aku sudah tidak mampu untuk menanggungnya...kuatkanlah iman ku Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alamin...
Tuesday, 28 August 2012
Thursday, 1 March 2012
Buah Tamar (Kurma) dan Ibu Mengandung
Assalamualaikum....

Erm...sedar2 dah lama jugak tak menulis kat blog ni...ye lah bz sgt (entah ape yg bz pon xtau hehehe).. dikesempatan ini ingat nk kongsi sikit tentangg khasiat buah tamar atau kurma. saya memang yakin ramai dianatara kita yang dah sememangnya maklum tentang khasiat buah yang berasal dari tanah Arab ni. cuma kat sini just nak kongsi sambil menambahkan pengetahuan.
Secara dasarnya, buah tamar sememangnya berkhasiat bagi ibu-ibu mengandung. ini kerana ianya kaya dengan B6, asid folik, kalium, zat besi dan magnesium. Magnesium susah untuk diperolehi dalam bentuk semulajadi sedangkan ianya penting bagi ibu-ibu mengandung kerana ianya berfungsi untuk memantapkan jantung dan sistem peredaran darah.
Dalam kajian sains menunjukan semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour) kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini akan mendatangkan kelesuan pada si Ibu. pada masa itu si ibu memerlukan antaranya kabohidrat bagi mengembalikan tenaga disamping kalium. (kalau masa ni nak minta makan nasi atau ape2 untuk mendatangkan tenaga...mesti kene marah dengan nurse kan?so bolehlah minta En. Hubby suapkan walau sikit kurma tu untuk tenaga.) Mengikut Ensiklopedia Kesihatan: Kalium adalah zat logam yang menyeimbangkan cecair dalam badan disamping memantapkan fungsi saraf dan otot.
Dengan ini, kita dapat melihat bahawa begitu buah ini amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekaligus menampakan perintah Allah menyuruh Maryam memakan buah kurma semasa hampir melahirkan Nabi Isa adalah bukan sesuatu yang sia-sia yang mana ianya juga telah terbukti secara saintifik.
Erm...jadi kepada ibu-ibu yang hamil eloklah mula memakan buah kurma ini....(saya pon akan makan bila diberi rezeki Allah untuk Hamil). ya Allah perkenankanlah doaku.Amin.
Dengan ini, kita dapat melihat bahawa begitu buah ini amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekaligus menampakan perintah Allah menyuruh Maryam memakan buah kurma semasa hampir melahirkan Nabi Isa adalah bukan sesuatu yang sia-sia yang mana ianya juga telah terbukti secara saintifik.
Erm...jadi kepada ibu-ibu yang hamil eloklah mula memakan buah kurma ini....(saya pon akan makan bila diberi rezeki Allah untuk Hamil). ya Allah perkenankanlah doaku.Amin.
Subscribe to:
Comments (Atom)